fbpx

Wanita ditahan tipu pelabur guna nama kerabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR  – Polis Perlis menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan menggunakan nama kerabat diraja Perlis pada Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, penahanan suspek berusia lewat 20-an itu dibuat susulan empat laporan berkaitan kes tersebut  dan mangsa dikatakan menerima tawaran untuk menyertai skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan lumayan.

“Suspek dipercayai turut bertemu dengan mangsa serta meyakinkan mereka dengan menggunakan nama kerabat Diraja negeri ini.

“Hasil soal siasat mendapati suspek secara bersendirian menawarkan pakej pelaburan pada peringkat awal pada pertengahan 2017 kepada beberapa rakan kolej,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pakej ditawarkan adalah serendah RM100 dengan pembayaran keuntungan tidak tetap serta kadar paling tinggi dua kali ganda di samping suspek memberi nombor akaun bank persendirian dan syarikat miliknya bagi tujuan pembayaran oleh pelabur.

“Wang yang diterima digunakan suspek untuk membuat pusingan pembayaran kepada pelabur mengikut kaedah gali lubang, tutup lubang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI