fbpx
Kajian menunjukkan vaksin juga mampu mencegah sindrom Long Covid buat pesakit yang dijangkiti virus tersebut. - New York Times

Vaksin berkesan cegah sindrom ‘Long Covid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu kajian terbaharu menunjukkan vaksin turut berupaya melindungi individu daripada mendapat sindrom Covid-19 berpanjangan atau ‘Long Covid’, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Sekumpulan saintis di Britain mendapati bahawa separuh daripada penduduk negara itu yang mendapat pelalian penuh dan kemudian dijangkiti Covid-19 melaporkan simptom ‘Long Covid’ selepas sembuh.

Selain itu, hanya 0.2 peratus peserta kajian yang sudah divaksin penuh berpeluang mendapat jangkitan Covid-19 sekali gus membuktikan kemampuan pelalian mencegah individu daripada dijangkiti.

Kajian ini berdasarkan gejala yang dilaporkan sendiri oleh pesakit menerusi aplikasi khas Covid-19 Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Pengarah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat (AS), Dr. Francis Collins mengakui bahawa tinjauan itu memerlukan kajian lebih lanjut.

“Bagaimanapun, tinjauan ini memberi keputusan menggalakkan untuk mendorong kajian lebih tepat dalam mengenal pasti hal ini,” katanya.

Berdasarkan laporan, dalam 176 juta orang penduduk AS yang divaksin penuh pada awal September lalu, hanya 14,000 yang mendapat jangkitan dan membawa kepada kemasukan ke hospital atau mengakibatkan kematian.

Bagaimanapun, sindrom ‘Long Covid’ yang menyaksikan pesakit mengalami gejala wabak itu hingga berbulan-bula selepas sembuh masih menjadi persoalan yang belum terjawab. – Agensi

POPULAR

BERITA BERKAITAN