fbpx
Gambar hiasan

Semakan permohonan ke universiti awam bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh dibuat bermula hari ini sehingga 25 September depan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, semakan keputusan itu boleh dibuat secara dalam talian mulai pukul 12 tengah hari nanti melalui pautan https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my

“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 hingga 25 September di laman web UA dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan bermula esok setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

KPT berkata, pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai 15 sehingga 25 September ini. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN