fbpx

Ryeowook didesak tinggalkan Super Junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYEOWOOK

SEORANG netizen yang mengakui dirinya sebagai peminat Ryeowook mencuri perhatian apabila secara tidak semena-mena mengecam penyanyi itu dengan memintanya menurunkan berat badan.

Komen biadab tersebut ditinggalkan dalam ruangan komen sebuah video dalam YouTube Ryeowook.

Individu yang menggunakan nama Haiqi Qin itu mendakwa, Ryeowook tidak mengawal berat badan sejak mula bercinta dan menuduh penyanyi itu menjana wang daripada peminat.

“Tinggalkan saja kumpulan Super Junior dan buka kafe atau benda lain dengan kekasih awak. Sebagai peminat sejak 10 tahun lalu, saya kasihankan awak,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Ryeowook tampil menyelar individu itu dengan menyatakan bahawa selama 10 tahun ini, dia tidak pernah berlagak dengan statusnya sebagai selebriti.

“Saya bekerja keras dengan usaha sendiri yang awak sendiri tidak dapat bayangkan.

“Hidup jangan menyakiti orang lain sebab awak sekadar menghabiskan tenaga sendiri. Jangan mencintai orang lain dan hiduplah seorang diri. Jadi, kamu takkan sakiti sesiapa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI