fbpx

[VIDEO] Rumah, kenderaan rosak tanah runtuh di Kampung Madsiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh yang berlaku di di Kampung Madsiang, Penampang petang tadi.

PENAMPANG – Hujan lebat sejak enam jam lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penampang, Misran Bisara ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kita sudah mengarahkan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, saya dimaklumkan setakat ini anggota bomba dan pasukan K9 kini masih terkandas dan belum sampai ke lokasi berikutan terdapat beberapa masalah laluan tidak boleh dilalui,” katanya.

Terdahulu, terdapat dua video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah rumah hampir ranap dipercayai berlaku di Kampung Madsiang, Penampang.

Kejadian terbabit turut menyebabkan beberapa kenderaan penduduk rosak teruk.

Dalam video berdurasi 29 dan 48 saat turut memaparkan situasi beberapa individu termasuk dua kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI