fbpx

Lelaki tinggal bersama 30 ekor ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Perkaya membuat kerja-kerja pembersihan najis ayam di kediaman seorang warga emas di Kampung Rendah, Rembau semalam.

REMBAU – Jika dihitung, sudah hampir 10 kilogram (kg) najis ayam dibersihkan oleh sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Rembau (Perkaya) di sebuah rumah warga emas di Kampung Rendah, di sini, sejak awal tahun ini.

Pengerusi Perkaya, Wan Ros­lan Wan Ali, 52, berkata, warga emas berkenaan, Osman Jamal, 72, tinggal berseorangan serta lebih selesa menjadikan kediamannya sebagai tempat tinggal ayam-ayamnya lebih 30 ekor.

Menurutnya, disebabkan war­ga emas berkenaan berkeras tidak mahu berpindah ke tempat lain serta dihantar ke rumah kebaji­kan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah mengambil warga emas ber­kenaan sebagai keluarga angkat untuk dijaga sejak tahun 2019.

“Kali terakhir kami bersihkan pada bulan Julai lalu dan untuk tahun ini sahaja sudah lima kali kami membersihkan rumah ini secara konsep gotong-royong memandangkan terlalu banyak najis ayam di dalam serta di luar rumah.

“Najis ayam ini kami kumpul dan lupuskan sama ada menjadi baja atau dibakar sahaja memandangkan kami tidak mahu warga emas ini tinggal bersama najis ayam,” katanya ketika ditemui di Kampung Rendah, di sini semalam.

Wan Roslan berkata, selain Perkaya, banyak agensi juga membantu membersihkan kediaman warga emas ini seperti Bomba, Polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ujarnya, kini pihaknya merancang menangkap separuh ayam di rumah itu bagi kurangkan najis ayam.

“Sebelum ini kita dah tangkap lima ekor, kita jual dan duitnya diberikan kepada warga emas berkenaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI