fbpx
CAKRA KHAN

Cakra Khan penat, namun puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI hebat Cakra Khan tidak menyangka mampu bertahan dalam area seni suara sebagai penyanyi untuk tempoh 10 tahun walaupun selepas kehadiran ramai penyanyi lelaki lain yang tidak kurang hebatnya.

Bercakap kepada media tempatan, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, dia sangat bersyukur nyanyiannya masih diterima baik peminat di tengah ‘lautan’ penyanyi berkualiti lain yang cukup hebat.

“Tempoh 10 tahun bukannya singkat. Banyak penyanyi hebat dengan suara yang bagus muncul selepas saya.

“Alhamdulillah, bakat saya masih dipandang dan diterima peminat. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Perjalanan seninya juga bukan mudah. Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Harus Terpisah itu pernah melalui jatuh bangun untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Ya saya penat. Tetapi saya puas kerana usaha keras saya selama ini membuahkan hasil. Saya suka menyanyi, jadi tidak mengapa jika saya lelah melakukan perkara yang saya suka,” jelasnya.