fbpx

Petugas konsesi positif Covid-19, perkhidmatan kutipan sampah terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan kutipan sampah di beberapa kawasan sekitar bandaraya Ipoh terganggu disebabkan sebahagian pekerja syarikat konsesi menjalani kuarantin. - Gambar hiasan

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memohon maaf atas gangguan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar bandaraya Ipoh pada masa ini.

Ia berikutan terdapat beberapa pekerja syarikat konsesi LTC Alam Bersih Sdn. Bhd. telah disahkan positif Covid-19 sejak hujung minggu lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, situasi tersebut menyebabkan sebahagian lagi pekerja syarikat ini yang tinggal di asrama diarahkan menjalani kuarantin.

Menurut beliau, berikutan itu jadual perkhidmatan kutipan sampah yang diuruskan oleh pihak syarikat konsesi ini di kawasan bandaraya Ipoh telah terganggu.

‘Bagaimanapun, pihak MBI akan sentiasa memastikan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam tidak menimbulkan banyak masalah.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah tersebut bagi memastikan operasi kutipan sampah dapat berjalan lancar,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Pada masa sama, terdapat sebahagian petugas Bahagian Perkhidmatan Bandar MBI turut disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani proses kuarantin.

Kata Rumaizi, kerjasama daripada penduduk adalah dipohon untuk meletakkan sampah domestik dalam tong sampah masing masing bagi memudahkan proses kutipan diuruskan.

“Warga Ipoh boleh menghubungi talian hotline MBI 05-2551515 atau WhatsApp 019-5503083 jika menghadapi sebarang masalah kutipan sampah dan pembersihan,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI