fbpx

Perodua Axia terbabas langgar Ford Mustang, lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Axia yang dinaiki dua lelaki remuk selepas terbabas dan melanggar dua kenderaan lain.

KOTA TINGGI – Dua lelaki terselamat meskipun Perodua Axia dinaiki remuk dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah Ford Mustang di Kilometer 33.5 Jalan Johor Bahru-Mersing dalam kejadian hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 3.40 petang itu dipercayai berlaku selepas sebuah Perodua Axia dari arah Johor Bahru menghala ke Kota Tinggi telah hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Perodua Axia berkenaan dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun bersama penumpang lelaki berumur 15 tahun.

“Kenderaan itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan seterusnya telah melanggar sebuah Ford Mustang dan lori Fuso yang berada dijalan bertentangan.

“Kesemua mangsa yang terlibat termasuk pemandu Ford Mustang berusia 40 tahun dan pemandu lori berusia 62 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, seramai lapan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Suhaimi Md. Ali dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seramai dua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi menggunakan jentera EMRS.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI