fbpx

[VIDEO] Pejabat pos tular gara-gara warga Bangladesh ambil pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sesak ketika warga asing gagal mematuhi SOP di pejabat pos Jalan Stesen, Klang.

KLANG – Kehadiran warga asing tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di sini, hari ini sehingga tular di laman sosial adalah disebabkan bagi mengambil pasport mereka.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal terdapat seramai 130 orang telah hadir ke pejabat berkenaan bagi mengambil pasport yang telah siap.

Berita berkaitan: Gerun tengok kakak Pejabat Pos mengamuk

Katanya, ini memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Cawangan Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

“Sepasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah hadir di lokasi dan berjaya meredakan keadaan yang tidak terkawal itu.

“Kita akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 14 saat yang dirakam orang awam memaparkan warga asing itu sedang beratur secara rapat bagi memasuki pejabat pos berkenaan.

Turut kelihatan adalah gelagat seorang wanita yang merupakan kakitangan pejabat pos tersebut memarahi warga asing tersebut dengan rakan lelaki mengarahkan mereka beratur dengan jarak satu meter. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI