fbpx

Lebih 74.7 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 17,480,766 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 74.7 peratus atau 17,480,766 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 91.6 peratus atau lebih 21,573,348 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 227,147 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 27,890, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (18,519), Selangor (17,040), Sabah (16,745), Kedah (15,403) dan Terengganu (12,468).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin seluruh negara adalah lebih 39,054,114 juta. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI