fbpx
Antara pesawat tempur yang terbabit dalam Demonstrasi Tembakan Kuasa Udara (Eksesais Ababil) 2021 di Lapang Sasar Udar (Lasarud) hari ini.

Kemalangan ketika eksesais kes terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyatakan pihaknya sedaya upaya meminimumkan risiko kemalangan ketika melaksanakan eksesais membabitkan pelbagai aset ketenteraan.

Menurut beliau, kemalangan yang berlaku sewaktu latihan adalah terpencil dan jarang berlaku disebabkan kebanyakan pasukan tersebut terdiri daripada anggota yang sudah terlatih.

“Bagaimanapun, jika kemalangan sudah berlaku, ia di luar kawalan kita tetapi kita masih mampu meminimumkan risiko kemalangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Demonstrasi Tembakan Kuasa Udara (Eksesais Ababil) 2021 di Lapang Sasar Udar (Lasarud) di sini hari ini.

Terdahulu, seorang anggota tentera ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika melakukan latihan eksesais Para Predator pada 29 Ogos lalu.

Mengulas lanjut mengenai Eksesais Ababil 2021, Affendi memberitahu, seramai 446 anak kapal dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU) terlibat acara berkenaan.

Antara pesawat terlibat adalah pesawat tempur – F/A-18D Hornet, Sukhoi, SU-30MKM dan Hawk 208, pesawat angkut – Hercules C130H dan helikopter – EC 725 AP.

Sementara itu, beliau berkata, TUDM sentiasa menyelenggara semua aset agar terus efektif mempertahankan keamanan ruang udara negara.

“Kita tidak mahu ada aset atau pesawat yang sudah berumur dan tidak boleh digunakan. Hal ini akan menambah akan lagi risiko ancaman pertahanan kepada negara kita.

“Oleh itu, penyelenggaraan harus dilakukan secara berjangka untuk memastikan semua aset berada dalam keadaan baik dan bersiap siaga sekiranya diperlukan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR