fbpx

Gaji Krisdayanti RM21,836 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS DAYANTI

JAKARTA – Penyanyi popular, Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah  (RM21,836) sebulan  selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menurutnya, pendapatan itu diterima sebanyak dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 hari bulan dan 5 hari bulan.

“Setiap 1 hari bulan, saya menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658), manakala pada 5 hari bulan sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar,” katanya dalam satu program bual bicara di YouTube.

Tambah penyanyi yang turut popular di Malaysia itu, pendapatannya bagaimanapun mempunyai banyak potongan.

“Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak berasa senang hati jika tidak melakukannya dengan baik,” ujarnya.

Selain itu, penyanyi lagu ‘Menghitung Hari’ tersebut menyifatkan jumlah pendapatannya sebagai sederhana kerana bagi ahli Parlimen, dia perlu menyampaikan pelbagai bantuan keperluan asas kepada masyarakat.

“Kehadiran kami sangat diperlukan oleh masyarakat. Barangan keperluan harian perlu disumbangkan dengan kuantiti yang banyak,” jelasnya.

Krisdayanti sebelum ini dilantik sebagai anggota DPR bagi penggal 2019-2024 yang mewakili bahagian Jawa Timur V. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI