fbpx

Punca lelaki terdampar masih jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizan Raman

LUMUT – Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar seorang lelaki ditemui terdampar dalam keadaan lemah dan separuh sedar di atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor kelmarin.

Ini kerana usaha untuk merekodkan keterangan lelaki tersebut tidak dapat dilakukan disebabkan emosinya masih tidak stabil serta enggan membuka mulut.

Pengarah Maritim Perak (APMM), Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya membantu daripada segi perubatan memandangkan mangsa dalam keadaan separuh sedar.

Menurut beliau, siasatan lanjut mengenai perkara tersebut dijalankan oleh pihak polis.

“Dia dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) oleh anggota APMM selepas diselamatkan untuk rawatan dan sekarang sudah dibenarkan keluar dari HSM.

“Punca kejadian sedang dikenal pasti, setakat ini kita cuma dapat maklumat berkaitan mangsa berada dalam emosi kurang stabil dan dia enggan memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shahrizan, pihaknya ada membuat laporan polis atas alasan membantu mangsa di perairan Pulau Pangkor dengan kes diklasifikasikan sebagai bantuan pemindahan perubatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN