fbpx

JIM nafi MTP sebabkan kelewatan urusan keluar masuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Khairul Dzaimee Daud

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menafikan kemudahan MyTravelPass (MTP) menyebabkan urusan perjalanan keluar dan masuk negara mengalami kelewatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, setakat 10 September lalu, sebanyak 356,510 permohonan telah diterima menerusi MTP.

Beliau berkata, daripada jumlah ini, sebanyak 6,697 permohonan dibatalkan, 208,509 lulus dan 127,465 ditolak.

“Jumlah yang diproses pula ialah 13,000 permohonan yang diuruskan oleh tiga taskforce. Jumlah ini tidak pernah berkurangan malahan meningkat setiap hari,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa MTP menyebabkan kelewatan urusan perjalanan urusan keluar masuk negara.

Katanya, inisiatif berkenaan sudah dihebahkan menerusi media pada 7 Oktober tahun lalu malah, turut mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa penguatkuasaan MTP dibuat selaras sekatan perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI