fbpx

Saintis cari lembu kurang kentut bantu pulihara alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gas metana yang dihasilkan oleh lembu menyumbang kepada 14 peratus pemanasan global dunia. - The Sun

EDINBURGH – Sekumpulan saintis di  Scotland sedang membuat kajian bagi memelihara  lembu kurang kentut bertujuan untuk  mengurangkan pencemaran udara akibat pengeluaran gas metana lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ini kerana haiwan seperti lembu, biri-biri dan kambing menghasilkan gas metana menerusi kentut dan sendawa yang menyumbang kepada 14 peratus pemanasan global.

Kawanan lembu yang mesra alam dipercayai akan menghasilkan gas metana lebih rendah sekali gus menurunkan kadar kerosakan pada alam sekitar.

Menurut kajian, setiap hari seekor lembu dapat menghasilkan 160 liter hingga 320 liter gas yang mempunyai 28 kali potensi pemanasan global karbon dioksida atau CO2.

Saintis-saintis masih mencari lembu-lembu yang menghasilkan gas metana paling sedikit dan akan membiakkannya menjadi kawanan terkawal.

Pakar-pakar juga sedang menguji beberapa jenis makanan untuk haiwan ini supaya bebas kentut.

Wakil Persatuan Pemelihara Lembu Aberdeen, Barrie Turner  berkata, usaha mengenainya sudah dilakukan sejak 2015 lagi.

“Pihak kami sedar bahawa lembu menghasilkan kentut yang memberi impak negatif pada alam sekitar.

“Kami sedang membina profil genom untuk memilih lembu yang paling mesra karbon yang akan menghasilkan  perbezaan dalam jangka masa panjang,” jelas Turner. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN