fbpx

Penjaga gudang pakaian maut tertimbus stok baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengeluarkan mayat mangsa yang maut tertimbus dalam timbunan stok baju di gudang pakaian di Kalimantan Selatan. - BANJARMASINPOST.CO.ID/NOOR MASRIDA

JAKARTA – Tiga beranak ditemui maut akibat tertimbus stok baju di sebuah gudang pakaian di Kawasan Ratu Zaleha, Gang KH Dewantara 2 RT 19, Kelurahan Karang Mekar, Kalimantan Selatan, lapor laman berita DetikNews, kelmarin.

Kejadian malang itu mengorbankan sepasang suami isteri Ahmad Saubari,42, Siti Khadijah ,33, yang merupakan penjaga gudang bersama anak mereka yang berusia enam tahun.

Menurut Ketua Polis Banjarmasin, Komisioner Besar Rachmad Hendrawan, mangsa dikhuatiri sudah dua hari meninggal dunia sebelum ditemui oleh anak pemilik gudang bernama Suri.

“Menerusi soal siat bersama jiran tetangga, tiga beranak itu sudah dua hari tidak pulang ke rumah lalu mereka menyatakan hal tersebut kepada pemilik gudang.

“Pemiliknya menghantar Suri untuk memeriksa keadaan di gudang sebelum mendapati timbunan baju yang terbalik dan tiada kelibat mangsa selepas beberapa kali dipanggil,” jelas Rachmad.

Ketiga-tiga mangsa ditemui selepas Suri memanggil ahli keluarga lain untuk mengalihkan timbunan kain dan mayat terperangkap di bawahnya sudah membusuk.

Jenazah tiga beranak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Uli Banjarmasin untuk proses bedah siasat punca kematian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN