fbpx

Pelancong guna kenderaan darat perlu surat PDRM ke Langkawi – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi satu ciapan di laman Twitternya hari ini, Khairy berkata, surat berkenaan adalah bagi tujuan rentas negeri dan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR).

Bagaimanapun katanya, bagi pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak memerlukan surat polis untuk ke pulau berkenaan.

Ciapan Khairy di laman Twitternya hari ini.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi: Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” ciapnya di laman Twitter.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen menyambut baik arahan tersebut seperti ciapan balas oleh seorang pengguna dikenali sebagai @hanafiadnan1807.

“Ya betul, tak boleh pakai kereta sendiri takut melencong ke tempat lain. Guna kenderaan disediakan agensi pelancongan berdaftar,”ciapnya.

Pada masa sama, pengguna turut bertanyakan Ahli Parlimen Rembau itu bila kerajaan hendak membuka sempadan negeri agar orang ramai dapat pulang ke kampung.

“Yb , bila boleh rentas negeri, saya nak balik kampung ni yb, makin stress bila tak jumpa mak ayah kat kampung,”ciap @shaa_abs.

Terdahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Pulau Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 16 September nanti.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun boleh dikunjungi, namun, pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu untuk melancong ke Langkawi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI