fbpx

Mimi Lana peluk siapa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Mimi Lana memeluk seorang lelaki dipercayai Syafiq Kyle didakwa mengecewakan ramai peminat wanita aktor itu.

UMUM tahu si cantik Mimi Lana kini menjalin hubungan cinta dengan Syafiq Kyle.

Namun, bukan itu yang hendak menjadi buah mulut netizen tetapi mengenai fotonya berpeluk dengan seorang jejaka.

Walaupun tidak mendedahkan siapa gerangan lelaki berkenaan, namun netizen sudah dapat meneka bahawa individu itu ialah Syafiq.

Disebabkan foto tersebut juga, ramai yang melahirkan rasa kecewa kerana hero idaman mereka telah dimiliki.

“Murunglah perempuan-perempuan di luar sana, Syafiq sudah nak kahwin ini,” komen seorang netizen.

Kebanyakan netizen turut membuat andaian bahawa hari bahagia pasangan dua sejoli itu akan tiba tidak lama lagi.

Ada juga yang mendoakan agar Syafiq dan Mimi cepat-cepat kahwin. Bab itu, Diva setuju. Janganlah tunggu lama-lama lagi.

Hebat ya netizen, walaupun tak dedah muka tetapi dapat meneka siapa si empunya badan.

DIVA: Lucu tengok kerenah acah-acah gaduh Sharnaaz dan Caprice dalam laman sosial masing-masing. Baguslah dua-dua sudah saling memaafkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI