fbpx

Kanak-kanak 8 tahun miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perez memiliki tahap IQ sebanyak 162 berbanding Albert Einstein dan Stephen Hawking pada anggaran 160. - Twitter

BANDAR MEXICO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Mexico dilaporkan memiliki kecerdasan otak atau IQ yang melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking, lapor laman berita Wionews, baru-baru ini.

Kanak-kanak bernama Adhara Perez itu mempunyai tahap IQ sebanyak 162 berbanding Einstein dan Hawking yang dianggarkan sekitar 160.

Dia bagaimanapun menghidap sindrom Asperger, yang merupakan salah satu daripada gangguan spektrum autisme.

Sindrom Asperger yang dialaminya menyukarkan Perez untuk berkomunikasi secara bukan lisan atau menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebaya.

Disebabkan situasi itu, dia mengalami kemurungan yang teruk dan enggan hadir ke sekolah.

“Apabila Perez bermain dengan rakan sebaya, mereka sering membulinya dengan mengurungnya di dalam sebuah kandang kecil dan memanggilnya dengan nama-nama seperti ‘Budak Pelik’ atau ‘Budak Gila’.

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti menghantarnya ke sekolah kerana tidak mahu dia menderita,” kata ibu Perez, Nallely Sanchez.

Sanchez kemudian membawa Perez ke sebuah pusat terapi, di mana IQ kanak-kanak itu kemudiannya dikenal pasti berada pada tahap yang luar biasa.

Pada usia lapan tahun, Perez berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah dan tinggi, malah kini sedang melanjutkan pelajaran dalam dua kursus berbeza secara online sambil menulis sebuah buku berjudul Don’t Give Up.

Dalam masa sama, dia juga sedang mencipta seutas gelang pintar untuk memantau emosi kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan sepertinya serta mampu mengawal serangan sawan dan panik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI