fbpx

Dikritik merokok, Mina tutup akaun IG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINA

BEKAS anggota kumpulan AOA, Mina kembali menjadi perhatian dan bualan hangat netizen selepas tertangkap merokok di dalam sebuah bilik hotel.

Mina dikecam selepas dilihat memegang puntung rokok dalam foto bersama teman lelakinya yang dimuat naik dalam Instagram baru-baru ini.

Difahamkan, foto tersebut diambil di sebuah hotel di daerah Yongsan-gu dan bilik yang disewa Mina bersama teman lelakinya itu merupakan kawasan larangan merokok.

Keadaan bertambah teruk apabila terdapat netizen yang bertindak menghubungi pihak pengurusan hotel dengan melaporkan mengenai salah laku penyanyi itu.

Enggan berdiam diri, Mina menjawab komen seorang pengikut dengan memberitahu dia merokok di kawasan yang dibenarkan dan bukannya di dalam bilik.

Selepas dikecam bertubi-tubi, Mina mengambil keputusan menyahaktif akaun Instagramnya. Ini merupakan kali kedua penyanyi berusia 27 tahun itu menutup IG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI