fbpx

Ada salah faham RUU sekat orang Islam murtad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris

PUTRAJAYA – Terdapat segelintir pihak yang mungkin salah faham dalam isu penggubalan Rang Undang-undang (RUU) bagi menyekat orang Islam murtad di tiga Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, polemik timbul susulan jawapan lisan di Parlimen akhir tahun lalu dipetik di luar konteks oleh pihak tertentu.

“Ia asalnya penjelasan perancangan strategik kerajaan bagi menggubal sekurang-kurangnya 11 undang-undang syariah yang dijawab selepas soalan tambahan.

“Ini termasuklah RUU bagi Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Lain Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan),” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Menurutnya, RUU itu masih berpaksikan Perkara 3(1) Perlembagaan yang meletakkan Islam selaku agama Persekutuan dan Perkara 11(4) untuk melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.

“Seterusnya, demi melindungi kesucian agama Islam katanya, kawalan itu menjadi punca RUU ini hanya dihadkan kepada individu Muslim sahaja dan bukan kepada penganut agama lain.

“Justeru, pengembangan agama kepada penganut selain Islam adalah masih dibolehkan di sisi undang-undang sebagai hak kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan,” katanya.

Hanya tiga negeri jelas beliau, iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang belum lagi berbuat demikian.

Namun dalam hal ini, tiga wilayah tersebut turut diberikan kuasa yang sama seperti negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan agama yang cuma terpakai di Wilayah Persekutuan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI