fbpx

Tinggal 1 buah pinggang, bayi Shahrul Shiro kini kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lekaki Shahrol kini bergantung hidup hanya dengan satu buah pinggang sahaja.

PETALING JAYA – Anak kedua pelawak dan pelakon Shahrol Shiro semakin kritikal selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik.

Lebih sayu bayi lelaki berusia lapan bulan itu kini hidup bergantung kepada hanya satu buah pinggang yang sudah mengalami kerosakan manakala satu lagi buah pinggangnya langsung tidak berfungsi dengan sepenuhnya.

Menurut isteri Shahrol iaitu Anna, bayi keduanya, Ismail Rifqi kini memerlukan rawatan segera kerana buah pinggangnya sudah membengkak.

“Luluh hati saya bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang wajahnya. Doktor kata buah pinggang sebelah kanan Ismail didapati ‘tiada’, manakala pada sebelah kiri pula rosakmn bengkak.

“Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang. Malah, buah pinggang yang ada pun bengkak,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pada hantaran sama, Anna memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayinya supaya segera sembuh dan segala urusan mereka dipermudahkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mengharapkan Anna dan suaminya terus kuat menghadapi ujian berat yang diberikan Tuhan.

Selain Ismail Rifqi, Shahrol Shiro dan Anna yang bernikah pada 18 Mac 2016 turut mempunyai seaorang lagi anak lelaki, Iskandar Rizqi, 4.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhd. Adam Danish hasil perkahwinan pertamanya. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI