fbpx
Mohd. Azman (kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada seorang asnaf, Rozeli Ibrahim,58, di Kampung Tandak, Pangkal meleret, Machang hari ini.

Maik bantu 19,000 peniaga terkesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah meluluskan bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada seramai 19,000 peniaga terkesan akibat Covid-19 menerusi Bantuan Perangsang, Program Bantuan Maik 2021.

Ketua Pegawai Pembangunan Maik, Mohd. Azman Ghazali berkata, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk peniaga yang terlibat dalam program tersebut.

Menurutnya, penerima bantuan itu terdiri daripada peniaga kecil, penjaja di pasar awam dan tepi jalan, petani serta nelayan yang berdepan dengan kekangan kewangan untuk memulakan semua perniagaan mereka ketika ini.

“Setiap penerima yang akan mendapat bantuan kewangan antara RM300 hingga RM500 dan ia sudah diagihkan bermula 23 Ogos lalu.

“Agihan dijalankan menerusi Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh daerah. Kita menjangkakan pembahagian bantuan ini akan selesai dalam tempoh dua minggu agar mereka dapat memulakan semula perniagaan yang terjejas,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada lima keluarga asnaf di bawah Program Prihatin Mail di Kampung Pangkal Meleret di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Azman, beliau berharap bantuan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima sebagai persediaan untuk kembali berniaga memandangkan kebanyakan sektor ekonomi sudah mula dibuka.

Menurutnya, bagi skim Bantuan Prihatin Maik yang diagihkan kepada rakyat Kelantan yang terkesan akibat Covid-19, jumlah terkini penerimanya adalah seramai 32,500 dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 2,000 orang berbanding sebelum ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN