fbpx

Satu ‘Malaysia’ boleh ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pulau Langkawi, Kedah boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 16 September nanti.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun boleh dikunjungi, namun, pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu untuk melancong ke Langkawi.

“Hari ini kementerian mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.

“Antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, antara SOP lain yang ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI