fbpx

KASA peruntuk RM1.43 bilion atasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) ketika meninjau sistem perparitan di sekitar Kampung Parit Basri, Sri Medan sempena lawatan ke tapak projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan itu.

BATU PAHAT- Sejumlah RM1.43 bilion diperuntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi usaha melaksanakan projek banjir, pemuliharaan sungai serta hakisan pantai di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keseluruhan jumlah itu melibatkan 13 projek sambungan dan dua projek baharu yang mana sebahagiannya adalah kesinambungan daripada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurut beliau, daripada jumlah berkenaan, RM81.3 juta pula diperuntukkan bagi projek di Batu Pahat bertujuan mengurangkan risiko banjir termenung yang telah melanda daerah ini sejak Ogos lalu.

“Bagi mengurangkan risiko banjir termenung, KASA melalui JPS sedang melaksanakan dua projek pembangunan iaitu menaik taraf Sistem Saliran Mesra (SMA) dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batu Pahat.

“Projek SMA yang telah mula dilaksanakan di dua lokasi iaitu Sungai Suloh dan Peserai ini dijangka siap mulai tahun depan. Ia melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM32.8juta bertujuan mengatasi banjir berpunca daripada masalah sistem saliran tidak sempurna, kejadian hujan lebat dan fenomena air pasang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek RTB di Kampung Parit Basri, Sri Medan, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, projek RTB Sungai Batu Pahat pula bakal menelan belanja sehingga RM48.5 juta yang mana ia berperanan mengurangkan risiko banjir termenung akibat kejadian hujan lebat. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI