fbpx

Dua kapal perang Britain mulakan misi di Lautan Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal HMS Spey dan HMS Tamar berangkat dari pelabuhan Portsmouth Selepas lepas. – CNN

LONDON – Dua kapal peronda Tentera Laut Diraja Britain berangkat dari negara itu kelmarin untuk kerahan selama lima tahun yang akan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ Britain dari perairan  Afrika Barat hinggalah ke  pantai barat Amerika Syarikat (AS), lapor stesen penyiaran CNN.

Menurut Kementerian Pertahanan Britain, kapal peronda luar pesisir tersebut dijangka kembali semula ke pelabuhan Portsmouth pada 2026.

“Dua pertiga daripada seluruh dunia ini adalah ‘padang permainan’ kami,” kata Pegawai Perintah kapal HMS Spey, Leftenan Komander Ben Evans.

Kapal seberat 2,000 tan dan sepanjang 91 meter itu diiringi sebuah lagi kapal iaitu HMS Tamar dalam misi tersebut.

Semasa melakukan rondaan di perairan Pasifik dan Lautan Hindi, kapal perang itu akan menjelajah sejauh Laut Bering di bahagian utara dan hingga ke New Zealand serta Tasmania di Australia di bahagian selatan.

“Kapal-kapal ini akan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ bagi tentera laut dan negara ini.

“Kami akan bekerjasama dengan sekutu-sekutu Britain dalam melaksanakan rondaan keselamatan untuk membanteras kegiatan dadah, penyeludupan, aktiviti pengganas dan aktiviti-aktiviti haram yang lain,” kata Kementerian Pertahanan Britain.

Kapal HMS Spey dan HMS Tamar setiap satu membawa seramai 46 kru yang akan bertukar ganti setiap beberapa minggu.

Selain kru biasa kapal-kapal tersebut turut akan menempatkan sehingga 52 anggota Marin Diraja atau tentera lain yang akan membantu dalam beberapa misi khas.

Kapal-kapal itu tidak akan mempunyai pangkalan kekal di Lautan Pasifik, sebaliknya akan berada di pangkalan-pangkalan dan pelabuhan-pelabuhan sekutu yang bersesuaian dengan misi tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI