fbpx

Doktor terlampau dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan seorang doktor di sebuah klinik swasta di sini merakam pekerja wanitanya di dalam tandas akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada mangsa warga tempatan yang berusia 30 tahun berhubung kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

“Wanita berkenaan mendakwa, majikannya yang juga warga tempatan berusia 46 tahun itu telah merakamkan kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit setelah dia terlihat peranti berkenaan diletakkan di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

“Mangsa yang mengecam telefon bimbit itu milik suspek terus mencapai beg tangannya ingin keluar daripada klinik namun dihalang oleh lelaki berkenaan yang turut meminta agar telefon bimbitnya itu dipulangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek juga berjanji akan memadamkan rakaman tersebut di hadapan mangsa lalu wanita berkenaan menyerahkan kembali telefon bimbit tersebut kepada majikannya itu.

“Berdasarkan risikan maklumat, kira-kira pukul 7.30 malam sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek di kawasan Petaling Jaya dan merampas telefon bimbit jenis Redmi MI 9T Pro.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI