fbpx

Affin Bank terima anugerah tadbir urus korporat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGIL (kanan) bersama Wan Razly Abdullah bergambar bersama Anugerah Pencapaian Industri diterima daripada MSWG.

PETALING JAYA – Affin Bank Berhad (Affin Bank) telah mene­rima Anugerah Pencapaian Industri untuk sektor perkhidmatan kewangan pada MSWG – ASEAN Corporate Governance Awards 2020 oleh Mino­rity Shareholders Watch Group (MSWG).

Anugerah tersebut mengiktiraf amalan terbaik tadbir urus korporat syarikat senaraian awam dengan menggunakan penilaian kad skor tadbir urus korporat ASEAN.

Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt berkata, untuk tahun kewangan 2020, kedudukan bank telah meningkat di tangga ke-14 dalam senarai 100 syarikat terbaik untuk pendedahan tadbir urus korporat.

“Anugerah ini adalah bukti kepada usaha gigih bank dalam meningkatkan tadbir urus korporat seiring Affinity in Motion (AIM22) Metamorphosis Plan untuk tahun kewangan 2020 hingga 2022.

“Selain itu, ia turut melibatkan bidang lain seperti aspek me­ningkatkan pulangan daripada ekuiti, mengurangkan ke­seluruhan kos dana bank me­lalui penyusunan semula penyata imbangan bank, transformasi digital dan menambah baik pengurusan kualiti aset.

“Kami hargai pengiktirafan daripada MSWG dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha mengekalkan amalan tadbir urus korporat di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali menjelaskan, menuju masa depan, pihaknya akan memba­ngunkan momentum ke arah pencapaian pertumbuhan dan nilai tambah melalui amalan perbankan kukuh untuk pemegang saham, pelanggan dan komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI