fbpx

15,754 PATI ditangkap sejak Mei lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang berjaya ditahan menerusi Operasi Benteng, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 15,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap dalam Operasi Benteng di bawah National Task Force sejak Mei 2020 hingga 7 September lepas.

Operasi Benteng merupakan kerjasama bersepadu antara 19 agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Maritim Malaysia (APMM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut memaklumkan seramai 2,232 PATI telah diusir sepanjang tempoh tersebut.

“Selain PATI, seramai 1,148 orang tekong dan 781 orang penyeludup turut berjaya ditangkap dalam tempoh yang sama.

“Daripada sudut rampasan pula, saya dimaklumkan bahawa sebanyak 2,381 buah kenderaan darat dan 540 buah kapal atau bot berjaya dirampas,” katanya di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambah beliau, selari dengan matlamat utama pelaksanaan Operasi Benteng, pihak ATM akan terus berusaha sedaya upaya dan kekal bekerjasama rapat dengan semua 19 agensi terlibat demi mengawal ketat sempadan negara daripada kemasukan PATI di samping mengekang penularan wabak Covid-19 yang mungkin dibawa oleh PATI berkenaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI