fbpx

Agnes Monica bakal jadi mualaf?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNES MONICA

SUDAH beberapa kali netizen berbahas tentang status penyanyi terkenal, Agnes Monica yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujang bersama lelaki dikenali sebagai Adam Rosyadi.

Selain itu, netizen juga tertanya-tanya soal agama yang akan dianuti Agnes selepas berkahwin dengan Adam sama ada dia akan kekal sebagai penganut Kristian atau bergelar seorang mualaf.

Malah ada juga yang berpendapat, tidak mustahil jika bakal suaminya itu sendiri akan berpindah agama mengikut kepercayaan isterinya.

Isu tentang agama yang bakal dianuti penyanyi berusia 35 tahun itu bukan kali pertama menjadi perdebatan dalam kalangan peminatnya.

Bahkan, isu tersebut pernah dijadikan kandungan dalam YouTube apabila tersebar beberapa foto memperlihatkan imej Agnes dalam keadaan berhijab.

Biarpun gambar-gambar tersebut jelas hasil suntingan, peminat berpendapat bahawa pelantun lagu Matahari itu kelihatan lebih cantik dan manis dengan imej berhijab.

Biarpun tidak memberikan sebarang maklum balas tentang isu tersebut, Agnes berkata dia tidak kisah apabila dirinya menjadi bahan bualan netizen kerana mereka mempunyai hak untuk bercakap.

“Saya percayakan soal kebebasan bersuara. Tapi jangan menampakkan diri anda terlalu bodoh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI