fbpx
Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa rumah itu dibeli hasil daripada wang simpanan jualan makanan selama tiga tahun. – Dream.co

Bini muda halau madu keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gara-gara kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga, seorang wanita mendakwa dihalau keluar dari rumahnya sendiri yang dibeli hasil daripada jualan makanan selama tiga tahun, lapor portal berita Dream.co hari ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan seorang pengguna Instagram, wanita dari Indonesia yang tidak mendedahkan identitinya itu meluahkan rasa sedih  kerana terpaksa keluar dari rumah hasil kerja kerasnya selama tiga tahun.

“Ini rumah saya, rumah yang dibeli hasil daripada wang simpanan menjual ‘seblak’ selama tiga tahun,” kata wanita itu.

Dia kemudiannya memberitahu bahawa suaminya telah berkahwin lain, lantas merebut rumah itu daripadanya.

“Ini isterinya, perampas suami saya. Dia mengusir saya dari rumah ini,” ujar wanita berkenaan.

Tambahnya, selain rumah, barang-barang miliknya di dalam rumah itu turut digunakan wanita tersebut yang menambahkan lagi rasa sedihnya.

Pada penghujung video, wanita itu mengakui dia ingin mempertahankan rumah tersebut dan akan memastikan ia tetap menjadi miliknya.

“Doakan saya, semoga saya kuat menghadapi semua ini. Semoga saya dapat mengambil semula hak saya,” katanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak menceritakan secara terperinci mengapa dan bagaimana dia dihalau keluar dari rumah itu.

Video yang dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata meluahkan rasa marah mereka terhadap wanita perampas yang mengusirnya.

“Tiada rasa bersalah langsung wanita perampas mengambil rumah orang lain. 

“Buat si suami, sila beringat bahawa rezeki kamu akan menjadi sempit kerana telah mensia-siakan isteri kamu demi seorang wanita perampas,” kata seorang netizen. – Agensi