fbpx

Rumah dua tingkat jadi transit simpan rokok, arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki ditahan bersama rokok dan arak tidak bercukai dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Nusantara Prima, Iskandar Puteri, Johor semalam.

ISKANDAR PUTERI – Baru sahaja sebulan beroperasi, sindiket memproses arak tiruan dan penyeludupan rokok tidak bercukai tumpas setelah diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, semalam.

Sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Jalan Prima 5/7, Taman Nusantara Prima, di sini yang menjadi tempat kegiatan operasi itu diserbu dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar daerah ini sejak bulan lalu.

“Dalam serbuan tersebut, kita menahan dua orang lelaki warga tempatan berumur 24 dan 52 tahun serta berjaya merampas 530 karton rokok seludup atau lari cukai.

“Kita turut merampas 33 botol arak tiruan dan pelbagai peralatan memproses arak tiruan dengan nilai keseluruhan RM172,521.

“Turut dirampas ialah pelekat cukai Kastam dipercayai palsu yang digunakan untuk arak tiruan yang diproses bagi memperdayakan pelanggannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dimin berkata, antara barang rampasan yang dirampas ialah 480 karton rokok AXR 20 batang, 50 karton rokok NYX 20 batang, satu kotak arak jenama Club 99 mengandungi 15 botol (700ml), lima kotak arak jenama Club 99 mengandungi 28 botol (350ml).

Katanya, turut dirampas mesin penutup botol automatik, mesin penutup botol manual, dua tong lutsinar yang berisi cecair dipercayai alkohol, dua tong yang berisi cecair warna hitam dipercayai pati arak selain dua buah kereta Perodua Alza yang digunakan anggota sindiket tersebut.

Tambahnya, turut dirampas ialah tiga tong plastik warna biru yang berisi cecair warna gelap dipercayai arak tiruan dan dua kotak warna coklat yang berisi penutup botol bertulisan Club 99 (1,325 keping) dan pam air elektrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI