fbpx

Kadar kebolehjangkitan Johor lepasi paras peringkat kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vidyananthan

ISKANDAR PUTERI – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) di Johor yang berada di kadar 1.1 dua hari lalu harus diambil sebagai peringatan kerana ia masih berada pada kadar lebih tinggi berbanding 1.0 dan lebih tinggi daripada kadar peringkat kebangsaan.

Setakat 3 September lalu, kadar R-Naught peringkat kebangsaan yang direkodkan adalah 0.97.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, kadar R-naught itu bagaimanapun telah menurun berbanding yang direkodkan pada 1 Ogos lalu iaitu 1.14.

“Pergerakan bebas dalam komuniti serta ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) menjadi punca utama penularan di kalangan komuniti masa kini.

“Semua pihak mempunyai peranan penting dalam mencegah penularan dengan menyampaikan maklumat betul kepada masyarakat agar mereka dapat mengambil tindakan yang tepat di dalam melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada mendapat jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI