fbpx

Salun rambut saji khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan pekerja, pelanggan dan penjaga sebuah salun rambut disyaki terlibat kegiatan seks di Nibong Tebal semalam.

SEBERANG PERAI – Tiga wanita dipercayai pekerja seks yang sedang leka melayan pelanggan tergamam ketika pasukan polis menyerbu sebuah salun rambut di Nibong Tebal di sini semalam.

Wanita warga asing berusia di antara 22 hingga 25 tahun itu ditahan semasa operasi oleh pasukan dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketika operasi itu, tiga pelanggan lelaki berusia 43 hingga 48 tahun tersebut turut ditahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, pihaknya mendapati premis itu telah diubah suai di bahagian dalam yang dipercayai turut menyajikan khidmat seks kepada pelanggan.

“Perkhidmatan itu dipercayai ditawarkan kepada pelanggan tetapnya dan ia beroperasi melalui pintu belakang bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa.

“Pelanggan tetap ini akan menghubungi penjaga premis melalui aplikasi WhatsApp dan membuat tempahan bagi mendapatkan perkhidmatan sebelum datang ke premis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahimi berkata, ketika ditahan, ketiga-tiga pekerja itu dipercayai sedang leka melayan pelanggan, manakala pihaknya turut menahan seorang perempuan warga tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik salun rambut itu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 372A, Seksyen 372B Seksyen 269 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI