fbpx

Percepatkan dasar suntikan vaksin bawah 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menggesa kerajaan pusat untuk menyegerakan dasar berkaitan suntikan vaksin Covid-19 kepada individu berusia bawah 18 tahun di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, langkah memberi suntikan kepada golongan berkenaan disambut baik dalam usaha memperluas imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya suntikan dos ketiga diperlukan, saya percaya kerajaan pusat akan membentuk satu dasar berkenaan dengan meningkatkan antibodi atau daya ketahanan diri bagi individu termasuk frontliner yg telah terima dos lengkap.

“Yang lebih penting ialah suntikan untuk bawah 18 tahun kepada pelajar, mahasiswa dan belia. kita harap kerajaan pusat akan menyegerakan dasar suntikan dibawah 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yeo Tung Siong (Ph-Pekan Nanas) pelaksanaan suntikan dos ketiga kepada individu lengkap vaksin khususnya petugas barisan hadapan negara.

Hasni yang juga merupakan ADUN Benut berkata demikian pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula minggu hadapan.

Beliau dilaporkan berkata, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.

Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI