fbpx

Mora puas langsai dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain JDT meraikan jaringan kemenangan oleh Shane Thomas Lowry ketika menewaskan TFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin. – PUQTRA HAIRRY

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KEJAYAAN menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin memberi lebih daripada satu kepuasan buat jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, selain dapat me­nebus aib di Stadium Sultan Ibrahim pada pusingan pertama, kemenangan itu juga melebarkan rekod tanpa kalah JDT di tempat lawan kepada 37 perlawanan sejak Mac 2018.

“Begitupun, bukan rekod itu yang dicari JDT sebaliknya kami hanya mahu menang dalam setiap perlawanan dan itu caranya hari ini (kelmarin) kami kekal tanpa kalah (di tempat lawan).

“Beberapa tahun sebelum ini agak sukar untuk JDT beraksi di luar Johor Bahru, namun sekarang kami mampu mengawal tekanan setiap kali berkunjung ke tempat lawan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Mengulas lanjut kemenangan ke atas TFC, Mora mengakui bukan mudah untuk memastikan anak-anak buahnya kekal fokus dengan kejuaraan Liga Super sudah terjamin sebelum perlawanan.

Katanya, saingan liga musim ini mahu ditamatkan dengan nota kemenangan bertemu Kuala Lumpur di tempat sendiri bagi melengkapkan musim penuh berjaya buat JDT.

“Kadang-kadang apabila sudah capai sasaran, pemain hilang motivasi, namun itu tidak berlaku pada JDT. Sebagai juara Liga Super, kami perlu beraksi seperti sang juara,” tambah Mora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI