fbpx
Tangkap layar hantaran Twitter Idris yang menafikan beliau memakai jam jenama mewah Rolex seperti didakwa Siti Kasim.

Laman web ‘diserbu’, jam Buruj licin gara-gara Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Laman web yang menjual jam tangan jenama Buruj sesak dengan model Buruj Adam Hawa Rose Gold untuk lelaki habis terjual, hari ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Buruj, Mohamad Basri Ibrahim berkata, laman web rasmi menjual jam tangan berkenaan menerima trafik yang amat tinggi sejak semalam.

“Laman web kami menerima trafik yang sangat tinggi sehingga crash (ranap) dan terpaksa menaik taraf ke cloud hosting (pelayan awan) yang lebih tinggi,” katanya hari ini.

Jam tangan jenama Buruj ini dijual pada harga RM279 selepas diskaun 15 peratus daripada harga sebenar RM330.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menjawab tuduhan peguam dan aktivis Siti Kasim yang mendakwa beliau menggunakan jam tangan mewah berjenama Rolex.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau hanya memakai jam tangan jenama Buruj bagi membantu memudahkannya mengetahui arah kiblat serta waktu solat.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini sudah lama saya pakai. Senang hendak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun senang hendak menentukan arah kiblat,” tulisnya semalam.

Terdahulu Siti Kasim atau nama lengkapnya Siti Zabedah Kasim dalam satu hantaran di media sosial meminta pengikut laman Twitter miliknya melihat jam berwarna keemasan kepunyaan Idris yang disangkanya jam jenama mewah Rolex.

Pengendali laman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini turut memuat naik poster menerangkan maksud perkataan buruj.

“Kata nama (astronomi) sekumpulan bintang yang berdekatan antara satu sama lain pada satu kawasan langit yang dibentuk menjadi transformasi tertentu seperti geometri dan haiwan,” katanya.

Hantaran DBP itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 600 kali. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR

BERITA BERKAITAN