fbpx

Ibu bapa lega, suntik semangat anak belajar MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pengekalan syarat lama bagi kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) semalam memberikan kelegaan kepada ibu bapa khususnya bagi anak mereka yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor.

Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAI berkata, pengumuman daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid itu menyuntik kembali semangat buat ibu bapa dan murid-murid khususnya yang telah lama menanam impian melanjutkan pelajaran ke MRSM.

Katanya, keputusan berwibawa Mahdzir untuk membuka kembali ruang buat semua pelajar tanpa mengira aliran termasuk mengekalkan kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera membuktikan Mahdzir cakna rakyat.

“Ini juga bersesuaian bersesuaian dengan semangat ‘keluarga Malaysia’ yang digagaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Kami wakil ibubapa, guru serta murid sekolah Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) menzahirkan penghargaan terhadap Mahdzir yang telah membuat keputusan yang tepal, adil dan bijaksana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa itu menegaskan pihaknya akan terus membantu murid-murid SRAI khususnya untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah

“Kami terhutang budi dengan Majlis Amanah Rakyat yang selama ini telah banyak melahirkan modal insan seterusnya menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional juga separa profesional dalam pelbagai bidang di dalam dan di luar negara,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan peletakan syarat baru kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tingkatan satu dan empat tahun depan yang terhad kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SK) disifatkan sebagai pra-matang dan terbelakang dalam mengurangkan peratusan pelajar berkualiti melanjutkan pelajaran di MRSM.

Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar semalam kemudiannya memutuskan cadangan perubahan kepada dasar pengambilan pelajar MRSM yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI