fbpx

Jungkook tulis lagu hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-24 pada 1 September lalu.

Meraikan detik bermakna dalam hidupnya, Jungkook meluangkan masa selama tiga jam dalam sesi siaran langsung sambil beramah mesra bersama lebih 20 juta peminat dalam Instagram.

Lebih manis, Jungkook juga menghadiahkan sebuah lagu khas buat peminat tersayang sebagai penghargaan atas sokongan mereka kepada BTS selama ini.

Kali ini Jungkook menulis sebuah lagu dengan memilih lirik yang diberikan kelab peminat mereka, Army menerusi aplikasi dalam Weverse.

Lagu tersebut disiapkan beberapa minit sebelum tibanya detik 12 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI