fbpx

Bapa Abdul Latif tunai nazar botak kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romly menunaikan nazar dengan membotakkan kepala selepas anaknya, Abdul Latif meraih emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

PADANG BESAR – Bapa kepada jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly, 24, hari ini menunaikan nazarnya dengan membotakkan kepala selepas anak bongsunya itu menawan pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Rambut Romly Mat, 70, dicukur seorang tukang gunting di halaman rumahnya di Taman Emas, Beseri dekat sini sehari selepas atlet negara itu menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).

Katanya, ia bukan kali pertama dia bernazar sedemikian, malah telah membuat nazar yang sama ketika anaknya itu memecah rekod dunia pada Sukan Paralimpik di Rio pada 2016.

“Saya memang berdoa agar dia dapat mendapat pingat emas pada acara kali ini. Alhamdulillah apabila dia berjaya, saya menunaikan nazar untuk membotakkan kepala pada hari ini. Baru sehari dua ini saya bernazar untuk berbuat demikian.

“Harapan saya adalah semoga dia dapat terus terlibat dalam acara sukan pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI