fbpx

Anzalna kecewa, marah baca kes dera budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA mahu pelaku yang terlibat kes dera kanak-kanak menerima hukuman yang setimpal.

PETALING JAYA – “Tertekan sekali pun, tolonglah jangan lepaskan (geram) pada bayi atau anak kecil. Mereka tak bersalah.”

Demikian reaksi pelakon, Anzalna yang meluahkan rasa kecewa dan marah berhubung kes penderaan melibatkan kanak-kanak berusia setahun empat bulan di Tampin, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Anzalna, 33, berkata, menyentuh kes penderaan kanak-kanak, jiwanya sensitif memandangkan dia sendiri terpaksa menunggu masa yang lama untuk dikurniakan cahaya mata.

“Saya tahu ramai yang meng­hadapi masalah murung dan terkesan disebabkan Covid-19. Ada yang hilang kerja tetapi tolong jangan lepaskan (tekanan) pada anak. Mereka bukan tempat untuk melepaskan geram.

“Saya juga ada anak dan perbuatan seperti ditumbuk, dicucuh puntung rokok serta ditekap dengan seterika amat melampau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Menurut pemilik nama penuh, Nur Anzalna Md. Nasir itu, anak merupakan anugerah terindah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melakukan yang terbaik untuk zuriat mereka.

“Jika baca berita kes dera me­libatkan kanak-kanak, saya jadi geram. Saya sendiri dikurniakan rezeki zuriat agak lewat selepas berkahwin. Ada orang terpaksa tunggu berbelas-belas tahun untuk dapat anak,” luahnya.

ANZALNA

Terdahulu, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu menerusi InstaStorynya berharap ibu dan bapa tiri mangsa dikenakan hukuman berat.

“Ya Allah sakitnya hati baca. Tolonglah hukum gantung tidak perlu bagi peluang untuk hidup,” tulisnya.

Anzalna berkahwin dengan Hanif pada 2016 dan dikurniakan anak, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Akhbar sebelum ini melapor­kan seorang kanak-kanak terpaksa menahan sakit apabila badannya dicucuh puntung rokok dan ditumbuk di muka.

Susulan itu, polis menahan ibu dan bapa tiri mangsa di Tampin selepas menerima laporan daripada seorang petugas kesihatan sebuah klinik kesihatan di daerah itu pada 25 Ogos lalu.

Pasangan suami isteri itu berusia 17 dan 23 tahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI