fbpx

4 lokaliti di Sabah bakal dikenakan PKPD mulai Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sejumlah empat lokaliti dengan kesemuanya terletak di Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari yang bermula Selasa ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia meliputi Kampung Tetabuan, Beluran; Kampung Magatang, Keningau; Kampung Kilanas, Ranau dan Taman Pantai Lok Kawi, Papar.

Sementara itu, satu lokaliti di negeri tersebut yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi sehingga 20 September depan iaitu di Kampung Buanog, Matunggong, Kudat.

Bagaimanapun ujar beliau, dua perkampungan dalam Bahagian Tawau di negeri berkenaan berakhir PKPD serentak esok seperti dijadualkan iaitu Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut yang dilaksanakan PKPD sejak 10 Ogos lalu dan Kampung Balung Cocos yang dikenakan perintah tersebut sejak 24 Ogos lepas. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI