fbpx

Tindakan jangan sampai rugikan atlet, negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal meninjau barangan bantuan untuk mangsa bencana aliran puing di Yan, hari ini.

YAN – Kerajaan akan meneliti tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden penarikan pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap tindakan yang diambil itu nanti tidak akan merugikan atlet terlibat dan negara pada masa hadapan.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan hanya bertujuan memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan bukannya sebagai satu bentuk hukuman semata-mata.

“Apabila bercakap mengenai tanggungjawab, saya sebagai Menteri Belia dan Sukan termasuk pihak-pihak lain dalam Majlis Sukan Negara (MSN) juga perlu bertanggungjawab, walaupun jurulatih Muhammad Ziyad, Faizol Harun mengaku dan mengambil tanggungjawab atas insiden yang berlaku.

“Tindakan menghukum seseorang jurulatih yang telah berjaya mencungkil bakat ke peringkat antarabangsa sehingga tidak boleh melatih atlet itu (adalah) tidak menguntungkan negara, jadi saya rasa biarlah tindakan itu bukan merugikan negara dan atlet itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Pejabat Majlis Belia Daerah Yan dan menyerahkan bantuan kepada mangsa fenomena aliran puing di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI