fbpx

RM27.5 juta projek tebatan banjir di SPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kechil di Nibong Tebal yang dipenuhi sampah-sarap selepas kejadian banjir pada 18 Ogos lalu.

SEBERANG PERAI – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dijangka memperuntukkan sehingga RM27.5 juta untuk dua projek tebatan banjir dalam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, projek pertama melibatkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil yang dianggarkan menelan belanja sehingga RM16.5 juta.

Katanya, projek itu dilaksanakan bagi mengatasi masalah Sungai Kechil yang semakin sempit sekaligus tidak mampu menampung aliran air sungai ketika hujan lebat terutamanya dari kawasan hulu negeri Kedah.

“Projek kedua pula iaitu RTB Sanglang telah dimohon untuk dilaksanakan di bawah ‘Rolling Plan’ Kedua (RP2), Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan nilai kos projek keseluruhan sebanyak RM11 juta.

“Bagaimanapun, permohonan itu masih dalam proses semakan dan kelulusan agensi pusat,” katanya kepada pemberita di Nibong Tebal di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas sesi taklimat khas RTB sempena program lawatan kerjanya untuk meninjau keadaan banjir di Kampung Sethu, Kampung Jawi dan sepanjang aliran Sungai Jawi, di sini susulan kejadian banjir besar yang berlaku di Yan, Kedah pada 18 Ogos lalu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI