fbpx

Terkejut jumpa mayat dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah parit di Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu, Tumpat pagi tadi.

TUMPAT – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah parit di Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Identiti mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Irfan Mohd. Rozuki, 19, ditemui oleh seorang penduduk, Mohd. Rozali Yusof, 49, kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isterinya ke tempat kerja.

Mohd. Rozali berkata, ketika melalui kawasan itu, dia terjumpa sebuah beg silang di tepi jalan sebelum berhenti dan memeriksanya.

“Selain itu, saya menjumpai bahagian sebelah selipar sebelum terkejut melihat mangsa sudah berada dalam keadaan tertiarap di dalam parit.

“Saya juga menemui sebuah motosikal jenis Honda EX5 dipercayai milik mangsa kira-kira 200 meter dari kawasan parit. Saya terus bergegas memaklumkan penemuan mayat itu kepada penduduk kampung dan menghubungi pihak polis,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Kampung Perupok, Pasir Mas pada pukul 10 malam tadi sebelum gagal dihubungi rakan dan ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI