fbpx

Program vaksinasi bergerak mudahkan penerima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cally (tengah) bersama salah seorang penerima vaksin pada program vaksinasi bergerak MCA Gopeng di Ipoh semalam.

IPOH – Kesukaran golongan yang mempunyai kekangan keluar rumah untuk menerima vaksin Covid-19 dipermudahkan menerusi program pemberian vaksinasi bergerak kelolaan MCA Bahagian Gopeng semalam.

Seramai 17 penduduk di kawasan Gunung Rapat dan Pekan Razaki di sini yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya dan terlantar sakit diberi suntikan dos pertama menerusi kerjasama pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Ulu Kinta.

Naib Pengerusi MCA Gopeng, Cally Ting berkata, program berkenaan yang pertama kali dikelolakan pihaknya bagi memastikan kelompok ini dibantu agar tidak tercicir menerima vaksin.

Menurut beliau, setiap penerima vaksin turut diberi bantuan kotak makanan sumbangan pusat beli belah AEON Kinta City.

“Program ini dijalankan hasil maklum balas awam dan setelah mengenal pasti enam kediaman penduduk yang mengalami kesukaran lantas kita berusaha mempermudahkan urusan mereka.

“Kerjasama baik yang diberikan oleh pihak PPV Klinik Briged Utara PGA dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta sangat membantu melancarkan program ini,” ujarnya kepada Kosmo!

Turut hadir ialah wakil PPV Klinik Briged Utara PGA, Sub Inspektor Saidu Kenchi Mohamad. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI