fbpx

Habibullah, Kalimullah medan ilmu dalam animasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPERIBADIAN mulia Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik buat umat Islam menjadi salah satu intipati menarik dalam siri Habibullah dan Kalimullah.

DALAM menjalani rutin harian melalui fasa pandemik dengan banyak masa dihabiskan di rumah, kandungan berilmiah dan bermanfaat seperti kisah nabi sesuai dijadikan bahan tontonan untuk seisi keluarga.

Oleh itu, platform penstriman video kandungan islamik, Nurflix tampil mengetengahkan sebuah siri animasi yang mengangkat kisah menarik nabi-nabi sesuai buat semua golongan masyarakat.

Siri animasi Habibullah dan Kalimullah merupakan dua animasi mengisahkan perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang membawa penonton menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.

Bahagian pertama siri berkenaan bermula dari tempoh sebelum, semasa dan selepas kelahiran baginda, ramalannya dan isyarat Mekah, berhijrah ke Madinah serta peristiwa pertempuran Badar terakhir.

Lebih menarik, siri berkenaan turut memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah sekali gus menjadikan objektif tayangannya bertujuan menyampaikan risalah tentang mengapa baginda diangkat sebagai

Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi.

Menurut pelakon Diana Amir yang merupakan Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, dia gembira melihat sambutan memberangsangkan dan positif daripada penonton untuk siri berkenaan yang datangnya bukan daripada golongan kanak-kanak semata-mata bahkan juga orang dewasa.

Diana memberi empat sebab mengapa penonton wajib menyaksikan siri animasi berkenaan dengan faktor pertamanya adalah sari kata bahasa Melayu yang disediakan.

DIANA AMIR bertindak selaku Penerbit Ekskutif Nurflix Junior.

Memupuk cinta

“Secara tidak langsung penonton dapat mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan menerusi sari kata dalam bahasa Melayu yang disediakan.

“Keduanya, visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif siri ini. Terdapat banyak fakta yang jarang diketengahkan contohnya mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di atas kepalanya,” ujar Diana.

Faktor ketiga yang menjadikan siri berkenaan menarik adalah kerana mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam.

“Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahui perjalanan sirah nabi, secara tidak langsung kecintaan terhadap baginda dapat dipupuk seawal peringkat kanak-kanak,” katanya lagi.

Sementara itu bagi penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana pula menyifatkan siri Habibullah dan Kalimullah sangat sesuai buat semua golongan, termasuk orang dewasa.

“Setiap kali menonton siri animasi ini, saya yakin penonton mesti tidak sabar untuk menanti episod seterusnya.

MULA ditayangkan sejak 10 Ogos lalu, siri Habibullah dan Kalimullah turut menyajikan kisah pada zaman Nabi Musa dan Firaun.

“Secara langsung, kita akan teringat semula apa yang pernah dibaca dahulu. Untuk sesetengah orang, adakalanya timbul rasa malas untuk membaca semula. Jadi menerusi siri ini, kita akan mudah mengingati kembali apa yang pernah dibaca,” ujarnya.

Kisah perjalanan Rasulullah dalam animasi tersebut sudah mula menemui penonton sejak 10 Ogos lalu. Akan datang ialah cerita mengenai Nabi Ibrahim AS dan Nabi Yusuf AS pada pertengahan September serta Nabi Sulaiman AS (Oktober depan).

Penonton boleh menyaksikan siri berkenaan dan banyak lagi kandungan Nurflix dengan memuat naik aplikasi berkenaan dalam AppStore dan Google Playstore.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI