fbpx

Guru tak dibenar mengajar secara bersemuka jika enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Semua guru yang enggan menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar apabila sekolah dibuka pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain memberikan keyakinan bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran selamat.

Beliau berkata, satu garis panduan akan dikeluarkan pihak kementerian dalam masa terdekat untuk menentukan tugas-tugas guru yang enggan divaksin.

Radzi (tengah) dalam sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan bersama Guru-guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di Hotel Putra Regency hari ini.

“Tidak ramai pun jumlah guru-guru yang enggan divaksin iaitu sehingga kini kira-kira 2,500 orang berbanding jumlah keseluruhan kira-kira 400,000 orang.

“Kita akan terus menasihatkan mereka supaya mendapatkan vaksin bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru-guru lain yang berada di sekolah terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan bersama Guru-guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di Hotel Putra Regency di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI