fbpx

Direman 7 hari, rasuah RM5,000 pelekat promosi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dibawa untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai agensi kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM5,000 bagi pembekalan pelekat promosi makanan Malaysia.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek terdahulu ditahan pukul 2.50 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada sebuah syarikat pengiklanan.

“Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek tersebut bermula tahun 2017 sehingga tahun lalu.

“Rasuah itu sebagai balasan membantu mendapatkan projek pembekalan bagi kerja mereka bentuk, membekal, mencetak pelekat promosi makanan Malaysia pada kenderaan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sumber turut menambah, suspek yang telah berkhidmat 20 tahun di agensi itu telah meletak jawatan pada Mei lalu.

“Jawatan terakhir suspek adalah Gred 44 di salah satu bahagian di agensi tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI